Anggota Parlimen Kepong Lim Lip Eng menggesa Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa memberi penjelasan tentang urusan penjualan tanah di Taman Wahyu di sini pada harga bawah nilai pasaran kepada sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan UMNO.
Ali Hamsa

SEREMBAN – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menegaskan saiz perkhidmatan awam yang besar di negara ini adalah selaras dengan apa yang ditetapkan oleh Perlembagaan negara.

Beliau berkata definisi penjawat awam di negara ini turut merangkumi anggota pertahanan negara seperti polis, askar dan juga pegawai perubatan.

“Sebenarnya mereka (akhbar The Edge Market) sebut tentang saiz perkhidmatan awam dalam negara ini (yang berjumlah) 1.6 juta. Kita punya definisi telah ditetapkan dalam perlembagaan negara kita. Cikgu, tentera, polis masuk (dalam kategori perkhidmatan awam) tapi bila kita banding dengan negara lain, polis dan tentera tak termasuk.

“Contohnya di United Kingdom (UK), perkhidmatan kesihatan pun tidak masuk (dalam kategori penjawat awam). Jadi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah meminta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Zainal Rahim Seman) untuk mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini supaya dapat membuat bandingan apple to apple,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar The Edge Market baru-baru ini yang mendakwa emolumen kerajaan bakal meningkat kepada RM184 bilion pada 2027 daripada anggaran RM77.42 bilion pada 2017 akibat jumlah penjawat awam yang besar.

Terdahulu, beliau hadir pada majlis penyerahan kunci projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Taman Berlian, Rantau di sini yang disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

— BERNAMA

1 Komen

  1. Perlembagaan Malaysia juga menyatakan bahawa Tentera, Polis dan Hakim bukan di bawah bidangkuasa SPA sila rujuk Artikel 139 Perlembagaan Persekutuan. Sungguh pun Artikel 132 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa Tentera, Kehakiman, Polis, Perguruan dan lain lain kakitangan awam seperti apa yang disebut KSN adalah perkhidmatan awam tetapi KSN tiada kuasa terhadap Tentera, Polis dan juga Hakim. Artikel 137 jelas menyatakan bahawa Tentera khusus di bawah Majlis Angkatan Tentera yang mempunyai bidang kuasa dari segi Pemerintahan, Pentadbiran dan Disiplin semua anggota tentera.Maka kakitangan awam yang lain adalah berbeza kedudukan,status dan tarafnya dengan tentera.Kedudukan YDPA sebagai Supreme Commander Angkatan Tentera mengikut Artikel 41 Perlembagaan Persekutuan mengukuhkan hujah perbezaan ini..Persoalannya adakah KSN ini lebih tinggi dari PAT,IGP dan Ketua Hakim Negara kedudkan dan statusnya?

Tinggalkan Jawapan