Dr. Mahfodz Mohamad.

KUALA LUMPUR – Kesemua jawatan dalam Dewan Ulama Pas Pusat dimenangi tanpa ada pertandingan pada Muktamar Pas kali ini.

Selepas pencalonan ditutup semalam, keputusannya menyaksikan ketuanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad dan timbalannya, Datuk Dr. Nik Zawawi Mohd. Salleh kekal.

Begitu juga dengan jawatan pengerusi tetap, timbalannya, naib ketua dan kesemua ahli jawatankuasanya (AJK).

Sementara itu, tiga jawatan utama Dewan Muslimat Pas Pusat juga menang tanpa bertanding.

Ini bermakna Ustazah Nuridah Salleh, timbalannya Dr. Rosni Adam dan naib ketuanya, Ustazah Salamiah Mohd. Noor kekal.

Pertandingan cuma berlaku bagi jawatan AJK dimana seramai 16 calon bertanding sedangkan sayap parti hanya memerlukan 12 orang AJK sahaja.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan