Hartawan India Vijay Mallya dibenarkan dikit jamin selepas ditahan untuk permohonan ekstradisi oleh kerajaan India di London. Foto: Reuters

LONDON – Ahli Perniagaan terkemuka India yang dicari selama bertahun-tahun oleh pihak berkuasa India ekoran hutang pinjaman yang tidak berbayar berjaya dicekup pada Selasa lalu.

Vijay Mallya didakwa mendapatkan pinjaman bank itu untuk membiayai operasi syarikat penerbangan Kingfisher Airlines.

Vijay ditangkap di London dan dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan ekstradisi.

Sumber yang rapat dengan Mallya memberitahu, dia telah menyerah diri ke balai polis secara sukarela dan penangkapan itu merupakan proses biasa.

Mallya 61, ditangkap bagi pihak berkuasa India atas tuduhan penipuan wang berjumlah besar dan muncul di Mahkamah Majistret Westminster, kata polis British.

Saluran televisyen di India berkata, tertuduh dibenarkan untuk diikat jamin semasa pendengaran kes.

Mallya dalam mesej di Twitter peribadinya menyifatkan berita penangkapannya sengaja digembar gembur oleh pihak media.

India telah meminta England untuk mengekstradisi Mallya menghadapi perbicaraan selepas hartawan taikun perniagaan arak dan syarikat penerbangan itu melarikan diri ke London Mac 2016.

Mallya bertindak sedemikian selepas dia disaman bank sebagai usaha mendapatkan kemhali kira-kira AS1.4 bilion hutang yang ditanggung oleh syarikat Kingfisher.

Mallya berulang kali menolak tuduhan terhadapnya dan mempertahankan dirinya dalam mesej akaun twitter miliknya pada 28 Januari lalu bahawa ‘ tidak satu rupee pun disalahgunakan’.

Jurucakap Kementerian Luar India berkata kedua-dua kerajaan berhubung atas permintaan ekstradisi India dalam kes ini.

India dan Britain mempunyai rekod bercampur dalam hal ekstradisi seseorang, menurut penganalisis dan pakar undang-undang.

“Mahkamah biasanya memberi tumpuan kepada perkara sama ada terdapat bukti mencukupi mengenai jenayah untuk mengekstradisi seseorang,” kata Andrew Smith, rakan kongsi firma undang-undang London Corker Binning.

“India perlu menunjukkan kes prima facie keterangan terhadap orang ini (Mallya),”menurut pakar.

Berita CNN memberitahu, sepasukan penguat kuasa undang-undang India kan terbang ke London untuk memulakan proses ekstradisi tetapi Biro Penyiasatan Pusat (CBI) India enggan mengulas mengenai berita itu.

Mallya memiliki pasukan Formula 1 (F1) dan kini mencari perlindungan dikediamannya di London yang dibelinya daripada ayah bekas juara dunia tiga kali F1, Lewis Hamilton. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan