KUALA LUMPUR – Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) berjaya menerbitkan siri kedua sukuk sehingga RM3.25 bilion.

Sukuk diterbitkan untuk membiayai penyediaan pinjaman perumahan kepada sektor awam.

Sebanyak RM3.25 bilion Islamic Medium Term Notes (IMTN) membentuk sebahagian daripada RM25.0 bilion Nota Program Jangka Sederhana Islam/Kertas Komersial Islam LPPSA dan dijamin oleh Kerajaan Malaysia.

LPPSA adalah sebuah organisasi badan berkanun di bawah sektor awam Akta Pembiayaan Lembaga 2015.

Ditawarkan melalui proses tempahan, sukuk yang diterbitkan dalam jangka masa 5 tahun kepada 30 tahun itu telah ditawarkan pada harga 4.17 peratus kepada 5.225 peratus setahun sepanjang tempoh tersebut.

Affin Hwang Investment Bank Berhad, AmInvestment Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB Investment Bank Berhad, Maybank Investment Bank Berhad, OCBC Bank (Malaysia) Berhad dan RHB Investment Bank Berhad merupakan pengurus utama bersama dan penaja bersama.

CIMB Investment Bank Berhad adalah agen kemudahan dan RHB Islamic Bank pula Penasihat Syariah bagi program pembiayaan ini. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan