Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan dan Pembangunan Lembah Subang (JKPLS), Datuk Yusoff HM Hanif menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Subang Jaya petang tadi.

SUBANG JAYA – Jawatankuasa Kesejahteraan dan Pembangunan Lembah Subang (JKPLS) menyerahkan memorandum kepada kerajaan Selangor mendesak pengurusan Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang 1 diserahkan semula kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ketuanya, Datuk Yusoff HM Haniff berkata, tuntutan itu perlu disegerakan susulan kawasan perumahan rakyat itu dianaktirikan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang menguruskan infrastuktur bangunan berstrata itu sejak lapan tahun lalu.

“Segala urusan di kawasan ini kita minta supaya MBPJ dan kerajaan negeri memberi laluan kepada KPKT dan agensi di bawah KPKT untuk menguruskannya.

“Kita lihat kebelakangan ini, sebelum KPKT ambil alih, MBPJ eseolah-olah menganaktirikan kawasan ini hingga menyebabkan penduduk di sini sangat tertekan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Menteri Besar Selangor Turun Padang di PPR Lembah Subang 1 petang tadi.

Terdahulu, Yusoff bersama sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin komuniti dan penduduk PPR Lembah Subang 1 menyerahkan sendiri memorandum rakyat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Taman Putra Damai.

Pada awalnya, kehadiran Yusoff bersama penyokongnya tidak diundang itu hampir mencetuskan kekecohan apabila sekumpulan ahli PKR cuba menghalang mereka daripada menemui Mohamed Azmin.

Bagaimanapun selepas lima minit berbincang, penyokong Azmin bersetuju membenarkan Yusoff menemui Menteri Besar Selangor pada akhir majlis itu.

Mengulas lanjut, Yusoff juga berkata, kegagalan kerajaan negeri dan MBPJ menguruskan kawasan itu dengan baik tidak menjamin keselamatan dan masa depan penduduk di situ.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan dan Pembangunan Lembah Subang (JKPLS), Datuk Yusuff HM Hanif bersama ahli-ahlinya semasa demonstrasi aman membantah tindakan kerajaan Selangor di Subang Jaya petang tadi.

“Mereka tidak selanggara dengan baik dalam semua hal termasuk tempat letak kenderaan, jalan berlubang, rumah rosak dan pelbagai lagi masalah,” jelasnya.

Katanya, pengambilalihan pengurusan PPR Lembah Subang 1 perlu disegerakan selepas kerajaan negeri didakwa mengamalkan dasar diskriminasi apabila menaikkan kadar sewa dari RM124 kepada RM250 sebulan kepada sebahagaian penyewa sahaja.

“Ini merupakan satu amalan pilih kasih. Apabila berlaku dua kadar sewa, RM124 dan RM250, ini adalah satu diskriminasi kepada penduduk,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan