Inilah patung Virgin Mary yang dikatakan 'menangis' di sebuah gereja di Paraguay.

PARAGUAY – Patung Virgin Mary yang dikatakan ‘menangis’ di sebuah gereja di Santa Librada di Villarica ia menjadi fenomena kepada penduduk tempatan.

Malah seorang wanita pengsan ketika melihat perkara itu menurut beberapa orang saksi.

Zully de Meaurio yang dikatakan orang pertama menyedari kejadian berkata, dia pergi ke gereja dan terkejut melihat salah satu mata patung itu bergenang dengan air.

“Saya menghubungi suami saya dan memberitahunya apa yang berlaku sambil berkata, ‘dia (Virgin Mary) menangis,” ujarnya sambil merakam kejadian pelik itu baru-baru ini.

Ia kemudiannya menjadi heboh sehingga semakin ramai melawat gereja kecil.

Menurut media tempatan, banyak kejadian yang sama sebelum itu melibatkan patung Virgin Mary ‘menangis’ tidak diiktiraf oleh pihak atasan Gereja Katolik.-MalaysiaGazette

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2017/04/21/19/3F75739500000578-4433556-image-m-24_1492799865864.jpg

Tinggalkan Jawapan