USS Michigan. Cho Jueong-ho/Yonhap via REUTERS

WASHINGTON – Kapal selam berkuasa nuklear milik Amerika Syarikat (AS) berlabuh di Korea Selatan di sebalik kebimbangan terhadap Korea Utara yang menjadikannya petanda asas ketenteraan negara itu dengan pelancaran peluru berpandu atau ujian nuklear, sekali gus menentang tekanan AS dan China.

Pasukan tentera AS di Korea Selatan membuat pengumuman mengenai USS Michigan telah berlabuh, menjadikannya utusan teratas sebelum Korea Selatan, Jepun dan AS bertemu di Tokyo bagi membincangkan keengganan Korea Utara untuk menghentikan program nuklear.

USS Michigan dibuat untuk membawa kapal selam yang boleh melancarkan peluru berpandu balistik dan peluru berpandu Tomahawk.

Presiden AS, Donald Trump menyeru supaya sekatan baharu yang lebih ketat dikenakan ke atas Pyongyang pada Isnin berkata, Korea Utara adalah ancaman global baharu dan satu masalah yang perlu diselesaikan dengan apa jua cara.

“Status quo di Korea Utara adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya semasa mesyuarat dengan 15 duta Majlis Keselamatan termasuk China dan Rusia di White House.

Majlis perlu bersedia untuk melaksanakan sekatan tambahan dan lebih ketat terhadap Korea Utara dan program nuklear dan peluru berpandu balistik.

Pegawai-pegawai Korea Selatan dan AS sejak beberapa lama takut ujian nuklear keenam Korea Selatan dilaksanakan.

Terdapat spekulasi yang mengatakan ujian tersebut atau satu lagi pelancaran peluru berpandu jarak jauh dilakukan sempena ulangtahun ke-85 penubuhan pasukan ketenteraan Korea Utara pada Selasa. – MalaysiaGazette