LONDON – Chelsea kembali menghampiri kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mencatat kemenangan 4-2 ke atas Southampton di dan mengekalkan momentum kemenangan di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Keputusan itu meletakkan Chelsea kini berada tujuh mata di depan pencabar terdekat di tangga kedua liga, Tottenham Hotspur.

Eden Hazard, kapten Gary Cahill dan dua gol Diego Costa muncul wira untuk meraih gelaran berganda selepas menewaskan Tottenham dengan keputusan sama pada aksi separuh akhir Piala FA di Wembley, Sabtu lalu.

Kemenangan itu meletakkan Chelsea kini 78 mata selepas 33 perlawanan dan memberikan lebih banyak tekanan kepada Spurs, yang wajib menang ke atas Crystal Palace dalam aksi awal pagi esok, bagi mengekalkan jurang empat mata dimiliki sebelum ini.

Conte sekali lagi membuat kejutan taktitalĀ dengan memasukkan Costa dan Hazard yang berada di bangku simpanan di Wembley dan corak taktikal direncanakan pengurus dari Itali ini jelas membuahkan hasil.

Perlawanan itu turut menyaksikan aksiĀ  kapten kelab, John Terry lima minit sebelum perlawanan berakhir.

Terry mengumumkan persaraannya dari Chelsea hujung musim ini selepas lebih 18 tahun menjadi pemain senior. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan