KUALA LUMPUR – Pelakon Izara Aishah mengaku dia dan kekasihnya, Adib akan bernikah pada tahun ini.

Jelas wanita berusia 24 itu, majlis dengan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza itu akan dimaklumkan kemudian pada waktu yang sesuai.

“Ya, kami akan berkahwin tahun ini. Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut. Insya Allah kalau sudah ada keputusan muktamad dibuat, saya akan menghebahkannya kepada semua.

“Kami masih dalam perbincangan. Apabila tiba masanya, saya akan kongsikan berita gembira ini,” jelasnya kepada akhbar Harian Metro.

Izara dan Adib mula menjalinkan hubungan pada pada tahun 2014 dan lelaki yang Ketua Pegawai Eksektuif, Tune Studio itu pernah menyatakan dia memberi tempoh masa tiga tahun untuk menjelaskan hala tuju hubungannya bersama Izara. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan