Kaki Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi,

JOHOR BAHRU – Pelajar madrasah tahfiz swasta yang didakwa didera warden asramanya, Mohd. Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi,11 akhirnya meninggal dunia kira-kira jam 2.05 petang tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh bapanya, Mohd. Ghaddafi Mat Karim.

Mohd. Thaqif dijadualkan menjalani pembedahan memotong tangan kanannya hari ini bagaimanapun prosedur tesebut terpaksa ditangguhkan kerana jantungnya tidak stabil.

Jumaat lalu, kedua-dua belah kaki allahyarham terpaksa dipotong sejak dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail dekat sini dua minggu lalu selepas didakwa disebat oleh warden asramanya menggunakan getah paip.-MalaysiaGazette

 

 

Tinggalkan Jawapan