Polis mengiringi individu-individu yang ditahan berkaitan dengan Gulen di Turki. foto AFP

ANKARA – Sejumlah 9,000 polis Turki telah digantung kerja berikutan dakwaan yang berkaitan dengan pendakwah Islam, Fethullah Gulen.

Gulen kini berada di Amerika Syarikat.

Tindakan itu diambil atas alasan keselamatan negara.

Presiden Tayyip Erdogan menuduh Gulen menghasut rampasan kuasa pada Julai tahun lalu tetapi Gulen menafikannya.

Pihak berkuasa menahan lebih daripada 1,000 orang terhadap penyokong Gulen dan ia merupakan operasi terbesar yang dijalankan di Turki sejak beberapa bulan lalu.

Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu berkata, operasi itu mensasarkan rangkaian Gulen yang menyusup pasukan dalam pasukan yang dipanggil ‘imam rahsia’.

Menurut beliau, lebih daripada ‘imam rahsia’ telah ditahan dan operasi itu akan diteruskan.

Dalam rampasan kuasa Julai tahun lalu yang diketuai oleh pegawai-pegawai tentera lebih 40,000 orang ditahan dan 120,000 orang telah dibuang dan digantung kerja.

Mereka termasuk polis, tentera, guru dan kakitangan awam – yang kesemuanya didakwa mempunyai rangkaian dengan kumpulan-kumpulan militan.

Operasi terbaharu itu dijalankan lebih seminggu lalu selepas Erdogan memenangi referendum.

Tetapi, pembangkang khuatir kemenangan Erdogan itu akan memecah-belah Turki dan memudahkan Presiden Turki itu membentuk undang-undang authoritarian. – MalaysiaGazette