KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta mengisytihar rasuah sebagai musuh awam nombor satu di negara ini, dengan itu ia memberi kesan untuk menghadapi gejala ini secara menyeluruh tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Pengerusi Lembaga Penasihat Anti Rasuah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, pengisytiharan itu adalah tepat pada masanya kerana Suruhanjata Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah kepimpinan baharu sedang menentang gejala tersebut di wilayah
musuh.

Menurut beliau, momentum untuk memerangi rasuah tidak seharusnya terbatas tanpa kesungguhan politik di peringkat arahan tertinggi dan keutamaan.

“Rayuan ini tidak bertujuan semata-mata untuk kerajaan tetapi bersama rakyat Malaysia secara keseluruhan.

“Perjuangan menentang rasuah mesti melibatkan kita semua, dengan kerajaan menerajuinya,” kata beliau dalam kenyataan di sini.

Rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa rasuah adalah lebih bahaya dan berbahaya kepada survival negara daripada keganasan global.

Ia perlu dikelaskan sebagai keganasan terhadap negara dan jenayah kemanusiaan.

Tunku Aziz menambah, SPRM memerlukan galakan dalam usaha mereka membebaskan Malaysia daripada rasuah.

“Mereka perlu komitmen dan sokongan untuk mengalahkan musuh. Kita perlu memberikan mereka bantuan untuk menyelesaikan tugas mereka. – MalaysiaGazette