Liang Sheng Yueh sudah mampu tersenyum kini masih menerima rawatan di hospital. foto Agensi

NEPAL – Pendaki berusia 21 tahun yang hilang selama 47 hari di Gunung Himalaya ditemui masih hidup di dalam gaung.

Bagaimanapun, teman wanitanya sudah meninggal dunia tiga hari lalu berada tidak jauh dari tempat Liang Sheng Yueh ditemui.

Pasukan penyelamat menemui Liang di dalam gaung sedalam 2,600 meter dekat perkampung Tipling di daerah Dhading.

Liang kini dirawat di Hospital Antarabangsa Grandee di Kathmandu dan sudah keluar dari tahap bahaya.

Dr Sanjaya Karki, yang merawat Liang berkata, lelaki itu sudah boleh bercakap dengan perlahan.

“Dia memberitahu teman wanitanya meninggal dunia tiga hari lalu,” kata Karki.

Karki turut mengesahkan Liang tidak mempunyai kecederaan trauma, tetapi badannya mempunyai cedera akibat gigitan cacing.

Liang kehilangan berat badan sebanyak 30 kilogram sejak hilang, rambutnya penuh kutu dan kakitanya dipenuhi ulat.

“Liang mampu hidup disebabkan ada bekalan air dan garam,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan