KUALA LUMPUR – Bank Pusat meminta orang ramai berwaspada dan abaikan panggilan telefon, surat, khidmat pesanan ringkad atau e-mel yang mendakwa dari Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia tidak akan menghubungi anda untuk sebarang skim pelaburan atau meminta maklumat perbankan peribadi anda.

Dalan notisnya, Bank Pusat itu berkata, penipuan menggunakan nama Bank Negara Malaysia, logo korporat serta nama dan jawatan pegawai-pegawai kanan bank itu oleh pihak yang menipu dalam skim haram atau penipuan bertujuan memperdaya orang ramai.

Sehubungan itu, Bank Negara Malaysia menasihatkan orang ramai abaikan sebarang pelawaan dalam sebarang skim perlaburan yang disyaki melakukan penipuan.

“Sentiasa berwaspada kerana Bank Negara Malaysia tidak akan menghubungi anda untuk mempromosi sebarang skim pelaburan atau meminta maklumat peribadi. Bank Negara juga tidak akan meminta anda membuat sebarang pemindahan wang,” katanya.

Jika timbul sebarang keraguan, orang ramai diminta menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465, faksilimi 03-2174 1515 atau emel [email protected] – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan