Kumpulan Abu Sayyaf- Gambar fail AP

MANILA – Pasukan marin Filipina berjaya membunuh seorang komander pihak pelampau Abu Sayaf yang juga penculik terkenal yang pernah menyeberangi sempadan laut Malaysia untuk menculik pelancong dan pelayar bagi mendapatkan tebusan.

Ketua pasukan tentera tersebut, Jeneral Eduardo Ano memberitahu Associated Press, Alhabsy Misaya terkorban dalam pentempuran dengan polis marin lewat semalam di dalam hutan di antara badar Indanan dan Parang di wilayah Sulu.

Katanya, mayat Miyasa telah dikenalpasti oleh pegawai-pegawai tentera serta militan Abu Sayyaf yang ditangkap.

Miyasa merupakan penculik kepada belasan tebusan rakyat Malaysia dan Indonesia, termasuk seorang mangsa yang telah dipenggal kepalanya.

“Kami menganggap dia adalah penculik paling dikehendaki daripada kumpulan tersebut dan ini (kematian) Miyasa akan melemahkan Abu Sayyaf,” katanya semasa dihubungi AP melalui telefon.

Seorang rakyat Malaysia telah dipenggal kumpulan Miyasa pada November 2015.- MalaysiaGazette