Keadaan di dalam dewan kelihatan gelap berikutan gangguan elektrik semasa sesi perbahasan sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke 63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar. foto FAREEZ FADZIL, 30 APRIL 2017

ALOR SETAR – Perwakilan jawatankuasa utama Pas Pusat bermuktamar dalam gelap apabila lampu dalam dewan Kompleks Pas Kota Sarang Semut tiba-tiba terpadam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika wakil dari Sabah, Sahar Abd Majid sedang berucap dakam perbahasan menyokong ucapan dasar Presiden Pas.

Keadaan di dalam dewan kelihatan gelap berikutan gangguan elektrik semasa sesi perbahasan sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke 63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar. foto FAREEZ FADZIL, 30 APRIL 2017
Keadaan di dalam dewan kelihatan gelap berikutan gangguan elektrik semasa sesi perbahasan sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke 63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar. foto FAREEZ FADZIL, 30 APRIL 2017

Keadaan bergelap berlaku sehingga persidangan ditangguhkan untuk sesi rehat pada jam 1 tengah hari.

Walaupun lampu tidak menyala, ia tidak menghalang tiga lagi perwakilan meneruskan perbahasan masing-masing kerana alat pembesar suara masih berfungsi.

Ini kali kedua berlaku bekalan elektrik terputus, dengan kejadian pertama ketika Dewan Pemuda Pas Malaysia bersidang pada 27 April lalu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan