Tindakan kerajaan India menyekat perkhidmatan Internet dan media sosial menjejaskan aktiviti aktivis masyarakat dan wartawan melaporkan perkembangan semasa di Kashmir.

KASHMIR – Para aktivis di India yang bergantung kepada media sosial untuk berkongsi dan menyebarkan maklumat kecewa perkhidmatan internet ditutup di negeri Kashmir.

Pada minggu ini sahaja, kerajaan India telah menyekat perkhidmatan Internet di sebanyak 22 kawasan di Kashmir.

Tindakan mengejut itu didakwa telah mengakibatkan kesan terhadap para doktor perubatan yang merawat pesakit di luar bandar menerusi khidmat WhatsApp.

Penutupan internet juga dikatakan menyekat para wartawan daripada melaporkan protes jalanan.

Ia hasil impak respon krisis dan khabar angin yang mengatakan bahawa akan membawa kepada keganasan kata penasihat undang-undang Ramanjit Singh Chima.

Ramanjit antara individu dari kumpulan advokasi yang menyokong kempen #KeepitOn secara global menentang gelombang penutupan internet.

“Pada masa yang sama, penutupan internet juga mengelak para wartawan daripada memberi laporan berita secara bebas dan menghalang setiap warga India daripada berkongsi maklumat itu,” katanya.

Menurut Ramanjit, negeri utara itu mengarahkan penutupan 22 laman sosial media, aplikasi mesej telefon mudah alih dan laman video berikutan protes jalanan trhadap dakwaan penyelewengan oleh tentera India.

Pengharaman itu termasuklah Facebook, akaun Twitter, WhatsApp, Skype, Reddit dan Youtube.

Kementerian Dalam Negeri berkata, penutupan internet membentu memantau keganasanan.

“Mesej dan imej-imej yang disebarkan menerusi platform media sosial semasa konflik antara etnik boleh membawa kepada situasi tegang di luar kawalan.

“Kami tiada pilihan lain kecuali menyekat perkhidmatan internet,” kata pejabat Kementerian Dalam Negeri negara itu.

Protes jalanan tercetus dalam beberapa minggu ini apabila beribu-ribu penduduk Kashmir melepaskan kemarahan terhadap dakwaan penyelewengan oleh tentera India.

Sebuah video yang menular di kalangan awam menunjukkan kemunculan seorang lelaki tempatan diikat di depan kenderaan jip tentera untuk digunakan sebagai perisai manusia.

Video itu mencetuskan kemarahan rakyat di Kashmir sehingga mencetuskan ribuan masyarakat tempatan bertindak menentang di atas jalan.

Selain itu, video yang menular dalam sosial media itu juga menunjukkan para pelajar membaling batu ke arah tentera India.

Sementara Kashimir lebih kerap bertindak menutup perkhidmatan internet telefon muda alih semasa ketegangan dan mengharamkan media sosial menjadi tindakan utama.

” Ia adalah trend merbahaya,” kata Pengarah Eksekutif di Pusat Advokasi Tadbir Komunikasi di Delhi, Chinmayi Arun.

Selain Kashmir, kadang-kadang penutupan internet berterusan sehingga beberapa minggu.

Ia turut tersebar ke Gujerat, Haryana, Bihar, Rajasthan, Maharashtra dan Uttar Pradesh.

India memiliki pengguna internet terbesar dunia selepas China dan majoriti daripada 450 juta pengguna mengakses internet menerusi telefon bimbit masing-masing.

Selain Iraq, India menyaksikan kejadian penutupan internet paling banyak di dunia tahun lepas menurut Institusi Brookings di Amerika Syarikat.

Kerugian ekonomi akibat penutupan internet di India pada Jun 2016 berjumlah USD$968 juta.- MalaysiaGazette