KUALA LUMPUR – Salah satu landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpaksa ditutup apabila roda pesawat Malaysia Airlines (MAS) kempis selepas mendarat pada pukul 7.13 pagi ini.

Menurut MAS, dua roda pesawat Boeing, B737-800 penerbangan MH726 dari Jakarta kempis selepas melakukan pendaratan.

“Penumpang dan anak kapal selamat dikeluarkan dan dipindahkan ke terminal dengan bas. Bagasi juga akan dihantar ke terminal dengan menggunakan bas.

“Landasan 2 akan ditutup sehingga dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut MAS, syarikat penerbangan itu akan menyiasat punca kejadian dan berikutan kekurangan pesawat, beberapa penerbangan akan menggunakan pesawat yang lebih besar iaitu Airbus, A330.

“Kami mengkaji untuk menggunakan pesawat A380 bagi laluan Australia,” katanya. – MalaysiaGazette