Hun Sen yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Singapura. foto Phnom Penh Post

PHNOM PENH – Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dirawat di sebuah hospital di Singapura, menurut Facebooknya.

Hun Sen, 64, jatuh sakit akibat terlalu penat dan memerlukan rawatan segera.

Beliau berada di hospital itu sejak Rabu dan dijangka pulang ke Kemboja pada Ahad ini.

Gambar yang dikongsi menunjukkan Hun Sen berada di atas katil bersama ahli keluarga di sisinya.

Hun Sen telah dimasukkan ke hospital di Singapura sejak tahun lepas.

Hun Sen adalah pemimpin paling lama berkhidmat di dunia selepas lebih tiga dekad berkuasa. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan