Sesi fotografi bersama penyanyi, Wany Hasrita pada sidang akhbar Pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular 3.0 di Balai Berita NST, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 04 MEI 2017.

KUALA LUMPUR -Tiga penyanyi baharu, Aiman Tino, Khai Bahar dan Wany Hasrita mendominasi senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 apabila masing-masing disenaraikan sebagai calon akhir dalam dua kategori.

Populariti yang diraih tiga artis ini menerusi lagu popular masing-masing dilihat antara penyumbang terbesar kepada pencalonan, selain sokongan padu peminat.

Aiman dan Khai bergelar calon akhir dalam dua kategori utama iaitu Penyanyi Lelaki Baharu Popular dan Penyanyi Lelaki Popular.

Wany Hasrita yang popular dengan lagu Menahan Rindu pula tersenarai dalam kategori Penyanyi Wanita Baharu Popular dan Penyanyi Wanita Popular.

Pengasas syarikat Vida Beauty merangkap penaja utama Anugerah Bintang Popular, Datuk Seri Vida (tengah) bergambar kenangan bersama para artis pada sidang akhbar Pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular 3.0 di Balai Berita NST, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 04 MEI 2017.
Pengasas syarikat Vida Beauty merangkap penaja utama Anugerah Bintang Popular, Datuk Seri Vida (tengah) bergambar kenangan bersama para artis pada sidang akhbar Pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular 3.0 di Balai Berita NST, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 04 MEI 2017.

Sementara itu, Alif Satar menjadi calon akhir dalam tiga kategori utama iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Artis Versatil Popular dan Pengacara TV Popular.

Turut mengikuti rapat adalah Zizan sebagai calon Top 5 dalam kategori Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular dan Pengacara TV Popular.

Neelofa turut cemerlang dalam dua kategori utama iaitu Pelakon TV Wanita Popular dan Pengacara TV Popular.

Mengikuti rapat ialah pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular.

Bintang sensasi, Fattah Amin turut menyerlah dengan satu pencalonan akhir dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular.

Erra Fazira, Siti Nordiana, Fazura, Siti Saleha, Johan, Shukri Yahaya, Izzue Islam, Syamsul Yusof dan Mira Filzah pula antara artis yang mara ke peringkat Top 5 dengan dua pencalonan.

Sesi fotografi bersama pelakon, Mira Filzah pada sidang akhbar Pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular 3.0 di Balai Berita NST, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 04 MEI 2017.
Sesi fotografi bersama pelakon, Mira Filzah pada sidang akhbar Pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular 3.0 di Balai Berita NST, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 04 MEI 2017.

 

Sesi fotografi bersama pelakon, Fattah Amin pada sidang akhbar Pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular 3.0 di Balai Berita NST, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 04 MEI 2017.
Sesi fotografi bersama pelakon, Fattah Amin pada sidang akhbar Pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular 3.0 di Balai Berita NST, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 04 MEI 2017.

Julung kali memperkenalkan undian secara dalam talian sepenuhnya, ABPBH 3.0 yang memasuki usia tiga dekad penganjuran akan mencapai kemuncaknya pada 14 Mei ini di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Mengangkat tema Futuristik, konsep itu dilihat seiring dengan perubahan teknologi yang mempengaruhi kehidupan manusia masa kini.

Pengarang Kumpulan BH merangkap Penaung ABPBH 3.0, Datuk Mahfar Ali, berkeyakinan acara anugerah berkenaan akan terus relevan sebagai pengukur prestasi penggiat seni.

“Ia selaras evolusi berita dan kandungan BH yang sentiasa mengutamakan produk segar serta menarik perhatian pembaca muda,” katanya pada majlis pengumuman calon Top 5, artis persembahan, penyampai trofi dan hos malam kemuncak ABPBH 3.0 di Balai Berita, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhisham Othman; Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman selaku penaja utama dan wakil penaja lain seperti Naza Group, Coca Cola, Stesen Televisyen Malaysia Berhad, Kool FM, Hot FM, Tonton dan ZIP.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ABPBH 3.0, yang juga Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir berkata, lebih 1.3 juta undi diraih sepanjang tempoh pengundian dibuka April lalu yang membuktikan acara anugerah ini kekal relevan dengan sasaran pembabitan kelompok mesra teknologi tercapai.

“Ketika ini, persiapan bagi menjayakan malam kemuncak ABPBH 3.0 rancak diadakan. Kami menjanjikan persembahan hebat sesuai dengan matlamat meraikan ulang tahun ke-30 ABPBH.

“Acara yang bakal disiarkan secara langsung oleh TV3 nanti menampilkan ramai bintang hebat seperti kumpulan Search, Noraniza Idris, Dayang Nurfaizah, Mawi, Ayda dan Elly Mazlein. Begitu juga kejutan oleh artis yang bakal menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat,” katanya.

Shamshul Azree juga berkata, proses undian sudah pun berakhir dan pengumuman senarai Top 5 dibuat bagi menambahkan lagi debaran menjelang malam kemuncak.

Kategori Utama:

Artis Baharu Lelaki Popular

  1. Aiman Tino

  2. Haqiem Rusli

  3. Khai Bahar

  4. Tajul

  5. Alvin Chong

Artis Baharu Wanita Popular

  1. Azira Shafinaz

  2. Elvina Mohamad

  3. Wany Hasrita

  4. Sweet Qismina

  5. Mawar Rashid

Pelakon Filem Lelaki Popular

  1. Alif Satar

  2. Izzue Islam

  3. Remy Ishak

  4. Syamsul Yusof

  5. Zul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular

  1. Erra Fazira

  2. Fazura

  3. Nelydia Senrose

  4. Reen Rahim

  5. Siti Saleha

Pelakon TV Lelaki Popular

  1. Aiman Hakim Ridza

  2. Ashraf Muslim

  3. Shukri Yahaya

  4. Fattah Amin

  5. Syafiq Kyle

Pelakon TV Wanita Popular

  1. Ayda Jebat

  2. Janna Nick

  3. Mia Ahmad

  4. Mira Filzah

  5. Neelofa

Penyanyi Lelaki Popular

  1. Aiman Tino

  2. Alif Satar

  3. Faizal Tahir

  4. Khai Bahar

  5. Tomok

Penyanyi Wanita Popular

  1. Amira Othman

  2. Ayda Jebat

  3. Siti Nordiana

  4. Stacy

  5. Wany Hasrita

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular

  1. Akim & The Majistret

  2. Bunkface

  3. Forteen

  4. Khalifah

  5. Projector Band

Artis Komedi Popular

  1. Abam

  2. Issey

  3. Jep

  4. Johan

  5. Zizan Razak

Artis Versatil Popular

  1. Alif Satar

  2. Didie Alias

  3. Ifa Raziah

  4. Zizan Razak

  5. Zulin Aziz

Pengacara TV Popular

  1. Alif Satar

  2. Mira Filzah

  3. Nabil Ahmad

  4. Neelofa

  5. Zizan Razak

Penyampai Radio Popular

  1. DJ Lin (Suria)

  2. Haiza (Kool FM)

  3. Ikhwan (Kool FM)

  4. Johan (Era)

  5. Radin (Era)

– MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan