KUALA LUMPUR – Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang terpaksa ditutup untuk lawatan dan aktiviti pelawat bermula hari ini kerana banjir.

“Adalah dimaklumkan bahawa PKGK Kuala Gandah, Pahang terpaksa ditutup untuk lawatan dan aktiviti pelawat bermula hari ini hingga ke tarikh yang akan diumumkan kelak,” kata Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dalam laman sesawangnya.

PKGK terletak di Lanchang di Pahang. – MalaysiaGazette