Home Nasional Bekas penolong pegawai AADK dicari SPRM Perak

Bekas penolong pegawai AADK dicari SPRM Perak

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak sedang mencari seorang individu bagi membantu siasatan berhubung satu kes rasuah di negeri itu.

Individu terbabit adalah Johnson a/l Sanasi, 35, seorang bekas Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dikehendaki pihak SPRM bagi memberikan maklumat berhubung siasatan kes berkenaan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi SPRM Perak di talian 05-5267000 atau 05-5261227 atau Pegawai Penyiasat Mohd Amin Abd Aziz di talian 013-4312646,” menurut kenyataan SPRM.

Johnson pernah bertugas di AADK Perak dan  alamat terakhir di No. 20, Persiaran Desa Pinji Utara 9, Taman Desa Pinji, 31500 Lahat, Perak.

Orang ramai yang mengenai individu terbabit diminta tampil memberikan maklumat berhubung lelaki berkenaan.-MalaysiaGazette.