Pinarayi Viayajan

KUALA LUMPUR – Tidak dinafikan isu mengenai asal usul bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menjadi perbualan hangat apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyentuh mengenainya minggu lalu.

Umum rata-rata mengetahui Dr. Mahathir Mohamad dikatakan berasal daripada Kerala, India, namun isu itu kini menjadi perdebatan ramai apabila anak bongsu Mahathir, Datuk Seri Mukhriz menafikan dakwaan Zahid.

Menghangatkan lagi isu apabila kini timbul dakwaan bahawa seorang Ketua Menteri Kerala di India dikatakan mempunyai wajah mirip Dr. Mahathir.

Pinarayi Viayajan didakwa ‘kembar’ Dr. Mahathir apabila dikatakan mempunyai raut wajah yang 90 peratus sama dengan Dr. Mahathir.

Jika diselidik, riak wajah malah cara senyumannya boleh dikatakan saling tidak tumpah seperti Dr. Mahathir.

Pinarayi datangnya daripada Parti Politburo of the Communist (Marxist) dan merupakan seorang ahli politik sama seperti Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Bagaimanapun, jarak usia antara kedua mereka begitu terpisah apabila Pinarayi kini berusia 74 tahun manakala Dr. Mahathir pula berusia 92 tahun. -MalaysiaGazette