KUALA LUMPUR – Peperiksaan bertulis, The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) yang bermula Isnin ini sehingga 8 September depan diteruskan mengikut jadual sedia ada.

Dengan itu, semua calon dikehendaki hadir ke pusat peperiksaan mengikut kertas didaftarkan bagi menduduki peperiksaan tersebut.

“Ia membabitkan 35 pusat peperiksaan dan 21,706 calon di 13 negeri.

“Peperiksaan ACCA dilaksanakan serentak di seluruh dunia di lima zon masa berbeza, yang mana Malaysia berada di zon masa keempat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kekeliruan timbul apabila kerajaan pada Khamis lalu mengumumkan 4 September ini sebagai cuti umum sebagai menghargai pengorbanan atlet dan semua pihak yang terlibat dalam menyemarakkan kecemerlangan negara semasa temasya Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur (KL2017) baru-baru ini.-MalaysiaGazette