Home Nasional Lelaki Malaysia ragut beg wanita NZ ditahan di Thailand

Lelaki Malaysia ragut beg wanita NZ ditahan di Thailand

Campbell Madeline (berbaju biru) ketika membuat laporan di balai polis, foto The Nation

BANGKOK – Seorang lelaki Malaysia ditahan di Chiang Rai selepas meragut beg tangan seorang wanita New Zealand.

Asri Awang ditahan oleh pegawai trafik, Kittidej Khothawee ketika sedang mengawal lalu lintas di persimpangan Lapangan Terbang Mae Fah Luang

Kittijdej melihat mangsa mengejar lelaki itu yang melarikan diri daripada bas penumpang yang bergerak perlahan di persimpangan itu.

Lelaki itu dilihat melempar keluar beg berkenaan.

Ketika Kittijdej berjaya menahan suspek, beliau menemui sejumlah Bt1,000 (kira-kira RM127) dalam poket belakang.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Campbell Madeline mengalami lebam di lengannya dan lutut ketika ia jatuh semasa mengejar suspek.

Rakyat Malaysia memberitahu polis dia datang ke Thailand untuk mencari isterinya tetapi gagal dan kehilangan wang.

Suspek memberitahu, dia sedang menaiki bas dari Mae Sai ke Bangkok dan melihat wanita itu membawa beg mahal, lalu memutuskan untuk merampasnya apabila bas itu perlahan di persimpangan jalan berkenaan. – MalaysiaGazette