Datuk Boy Iman foto AFFAN FAUZI, 09 OGOS 2017

SHAH ALAM – Datuk Nuruliman A. Rahman atau dilebih dikenali dengan nama Boy Iman direman tiga hari lagi selepas melalui proses sama di Ampang dan Muar.

Perintah dikeluarkan terhadap pelakon itu oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam, Nurhidayah Abd Mutalib di sini.

Tahanan ini membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan ekoran dua laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.

Turut direman tiga pengarah syarikat berkaitan skim berkenaan yang berusia 30 hingga 45 tahun.

Kesemua mereka direman di bawah sekyen sama selama dua hari.

Boy Iman ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang pada Isnin lalu kerana disyaki terbabit dengan penipuan skim jualan rumah dengan kerugian keseluruhan mencecah RM6.2 juta.

Sehingga kini 203 aduan terima polis dari seluruh negara. – Malaysia Gazette