Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berucap pada Majlis Penutup MCA's 10 Economic Strategic Direction Cenference and Exhibition di Dewan San Choon, Wisma MCA, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 07 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR- Usahawan Cina digalak memeriahkan sektor perdagangan halal kerana ia menawarkan pasaran yang luas.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, peluang itu terbuka luas kepada semua kaum dan tidak terhad kepada usahawan Melayu sahaja.

“Hasil produk halal sekarang mempunyai pasaran yang amat luas. Malaysia juga sekarang ini giat mempromosikan produk halal.

“Jepun misalnya sekarang ini meminta kita membekalkan produk halal ke negara mereka kerana mereka akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik nanti. Jepun meminta kita untuk membantu mereka untuk menjadikan mereka negara hab halal,” jelas Ka Chuan selepas merasmikan penutup Persidangan dan Pameran Hala Tuju Strategik Ekonomi MCA kali ketiga.

Persidangan selama dua hari ini memfokuskan sektor agrikultur dan belia.

Menurut Ka Chuan, meski pun sektor ini dilihat semakin tidak releven, namun ia menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Sektor agrikultur menyumbang lapan peratus kepada Keluaran Negara Kasar (GDP) iaitu sebanyak RM88 billion dan menyumbang kepada 440,000 peluang pekerjaan pada tahun lalu. – Malaysia Gazette