media sosial Mustapha Yaakub veteran najib
Mustapha Yaakub

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin tidak layak mempertikaikan kelayakan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Dr. Zamihan Mat Zin selaku pakar pulih pengganas.

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, tindakan Dr. Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza itu jelas mempertikaikan perakuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tahu apa Dr. Zamihan lakukan untuk kebaikan tahanan.

Tegasnya, Dr. Maza tidak layak untuk mengeluarkan komen sedemikian kerana beliau sendiri seorang pelampau agama.

“Berbeza dengan Dr. Zamihan yang berusaha memulihkan ‘pelampau’ dan terbukti telah berjaya berbanding dengan Dr. Maza yang ternyata merosakkan akidah orang Islam dengan fahamannya bertentangan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Kelmarin, Dr. Mohd Asri melalui laman sosial Facebook memuatnaik status mempertikaikan pemilihan jurupulih akidah anggota kumpulan pengganas di penjara.

Tanpa menyebut nama jurupulih itu, beliau dilihat merujuk kepada penceramah kontroversi Dr. Zamihan yang baru terpalit dengan isu penggunaan surau untuk menempatkan mangsa banjir bukan Islam di Pulau Pinang baru-baru ini.

Menurut Mustapha, kenyataan Dr. Maza juga secara tidak langsung menghina kredibiliti polis yang selama ini bertungkus lumus dan bekerja keras memulihkan tahanan Daesh demi keselamatan negara.

Beliau turut mempersoalkan siapa Dr. Maza untuk mempertikaikan kejayaan polis dan Dr. Zamihan, sedangkan dia hanya seorang mufti yang hanya tahu menghukum halal dan haram mengikut fahaman ekstremnya sahaja.

“Saya nasihatkan Dr. Maza, baik tutup mulut dan berhenti daripada terus mengeluarkan kenyataan dalam hal tidak ada kaitan dengan bidangnya sebagai mufti. Biarlah orang yang tahu dan pakar dalam pemulihan militan sahaja bercakap serta mengulas dalam bidang mereka.

“Dr. Maza juga secara jelas jahil dengan kerja pemulihan tahanan kerana beliau sendiri penyumbang kepada kumpulan pelampau yang suka membidaahkan orang lain yang tidak sealiran dengannya.

“Jagalah akhlak dan kedudukan kamu sebagai mufti supaya tidak merosakkan imej Islam, daripada menjadi seorang manusia yang suka mengadu domba, selain menimbulkan kebencian sesama ummah yang akhirnya membawa kepada perpecahan umat Islam kerana agenda peribadi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. tpm lebih tinggi dari ulamak .apa² hukum ulamak tpm sahkan dulu baru sah. apa² keputusan tpm ulamak jangan.campur

Comments are closed.