KUALA LUMPUR – Sehingga Julai tahun ini, sejumlah 1,410 pelajar sekolah dikenal pasti terlibat dalam aktiviti mencuba dadah.

Menurut Kementerian Pendidikan, daripada jumlah itu, sebahagian besar terlibat dengan dadah jenis metaphatemin, dan selebihnya adalah ganja, amphetamin dan ketamin.

“Daripada peratusan tersebut, pecahan mengikut jenis dadah yang dicuba ialah 75.68 peratus (1,067 pelajar) jenis metaphatemin, 16.73 peratus (235 pelajar) jenis ganja, 5.17 peratus (72 pelajar) opiat, 2.23 peratus (31 pelajar) dan 0.19 peratus (2 pelajar) dadah jenis ketamin,” jawab Kementerian Pendikan.

Perkara itu dijawab Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Chong Sin Woon kepada Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Mariah Mahmud.

Dalam pada itu, kementerian berkata, jumlah tersebut merupakan bilangan pelajar yang mencuba dadah dan masih tidak dikategorikan sebagai penagih dadah.

“Mereka masih mengikuti pembelajaran dan aktiviti sekolah seperti biasa tetapi perlu mengikut pemantauan dan bimbingan terancang oleh kaunselor sekolah,” katanya.

Usaha membanteras belanja dadah dalam kalangan pelajar sekolah katanya, dimulakan sejak tahun 1986 lagi dan ia dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan pendidikan pencegahan dan intervensi secara implisit dan eksplisit di semua sekolah yang terlibat. – MalaysiaGazette.