Home Ekonomi Unifi edu untuk penuntut IPT

Unifi edu untuk penuntut IPT

KUALA LUMPUR – Berita baik buat semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)! Bermula 27 November hingga 31 Disember 2017, semua premis TMpoint di seluruh negara sedang mengadakan “Hari Terbuka TMpoint” dan menawarkan pakej unifi terbaharu – unifi edu – yang direka khas untuk para penuntu.

Pakej unifi edu dengan pelan LITE, ADVANCE atau PRO menawarkan akses jalur lebar dengan kepantasan sehingga 100Mbps dan muat turun sekali (one-off) aplikasi mudah alih wifi@unifi yang dinamakan i-foundit!

Telekom Malaysia berkata, melalui aplikasi tersebut, para penuntut boleh menggunakan wifi@unifi di lebih 7,300 lokasi seluruh Malaysia dan jumlah ini semakin bertambah.

Bermula serendah RM99 sebulan, mereka boleh menikmati penjimatan sehingga RM1,200 bagi tempoh kontrak 24 bulan.

Rakyat Malaysia berumur antara 18 sehingga 25 tahun, yang mempunyai kad pelajar yang sah, bermastautin dan belajar di Malaysia layak untuk melanggan pakej tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran unifi yang lain, layari www.unifi.com.my. – MalaysiaGazette