Mas Ermieyati Samsudin

KUALA LUMPUR – “Buat YAB Presiden, ketahuilah You Will Never Walk Alone,” kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO kepada Datuk Seri Najib Razak.

“Walaupun kita tahu YAB Presiden “die hard” supporter “Manchester United”(MU) tetapi dalam menghadapi peperangan kali ini, apa salahnya kita gunakan “War Cry” LiverpoolL bagi menunjukkan kesetiaan, kecekalan dan ketaatan Liverpool ang sentiasa bersama pasukan walaupun kegemilangan mereka akhir sekali pada tahun 90-an, tetapi mereka masih berpegang utuh pada taat setia dan semangat berpasukan.

“Semangat inilah kita harus contohi buat semua ahli UMNO,” ujarnya semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2017 disini hari ini.

Selain itu, dalam ucapannya, Mas Ermieyanti juga menyamakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Saidina Ali Talib dalam perjuangan parti.

Beliau juga menggambarkan kesetiaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Najib seperti Saidina Abu Bakar yang setia tidak berbelah bahagi Rasulullah SAW.

Terdahulu, Mas Ermiyanti menegur karikatur Kosmo Online yang didakwa telah mempersendakan Puteri UMNO.

“Saya merujuk kepada karikatur dalam tabloid Kosmo online kononnya apabila habis Pau teringat-ingat kepada Puteri.

“Bagi saya karikatur tersebut jelas bertentangan dengan perjuangan Puteri dan Wanita yang selari dengan semangat Bajet YAB Perdana Menteri untuk memperkasakan wanita. Saya mewakili suara wanita di dalam dan di luar dewan mengecam penyiaran karikatur tersebut,” katanya.-MalaysiaGazette