Paolo Duterte

MANILA – Anak sulong Presiden Filipina, Rodrigo Duterte meletak jawatan Naib Datuk Bandar Davao, dengan menyatakan beliau dikaitkan dengan satu kes penyeludupan dadah oleh pembangkang dan keruntuhan rumah tangga sebagai punca tindakannya itu.

Paolo Duterte mengumumkan peletakan jawatannya itu semasa sesi khas Majlis Bandaraya Davao.

Davao merupakan kampung halaman Duterte dan jawatan Datuk Bandar dipegang adik perempuan Pablo, Sara Duterte-Carpio.

“Terdapat insiden malang dalam kehidupan saya baru-baru ini sehingga kegagalan pekahwinan pertama saya.

“Ia, antara lain, termasuk memusnahkan reputasi saya dalam kes penyeludupan Biro Kastam dan pertelingkahan dengan anak perempuan saya yang diketahui umum” kata Naib Datuk Bandar itu dalam satu kenyataan media.

Paolo memberi keterangan mengenai rampasan penghantaran narkotik dari China bernilai kira-kira AS$125 juta dalam siasatan Senat pada Sertember lalu selepas mereka yang membangkang tindakan presiden memerangi perdagangan dadah berkata, mereka percaya anak lelakinya mungkin membantu memudahkan kemasukan penghantaran di pelabuhan Manila.

Paolo menafikan sebarang penglibatan.

Terbaharu, beliau bertelingkah dalam talian dengan anak perempuannya yang berusia 15 tahun, Isabella.

Paolo menggelarnya sebagai ‘memalukan’ dalam laman Facebook selepas anak perempuannya itu menuis dalam akaun Twitter mengenai layanan buruk yang diterima daripada bapanya.

Pejabat Presiden, Pejabat Datuk Bandar dan ahli keluarga Paolo tidak membuat sebarang ulasan daripada permohonan yang dikemukakan Reuters. – Reuters