Olivier Giroud.

LONDON – Dua pasukan ternama akhirnya menerima kata sepakat selepas melakukan tawar-menawar berhubung perpindahan pemain antarabangsa Perancis, Olivier Giroud.

Chelsea bersetuju untuk membayar Arsenal 18 pound (RM99.33 juta) untuk pemain itu yang akan bertukar ke Stamford Bridge, lapor laman portal goal.com.

Di awal perbincangan, Arsenal menolak tawaran 15 juta pound bersama 5 juta pound tambahan.

Namun selepas itu, Chelsea kembali menambah jumlah tawarannya bersama yuran perpindahan sekitar 17.6 juta pound yang akhirnya diterima.

Terdahulu, Arsenal meminta 30 juta pound (RM166 juta) untuk mendapatkan pemain berusia 31 tahun itu.

Giroud bakal menerima bayaran gaji seperti di Arsenal sebanyak 90,000 pound seminggu dan dijangka mengikat kontrak selama 18 bulan bersama The Blues. – MalaysiaGazette