Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menyampaikan Anugerah Profesor Ulung 2017 kepada Profesor Dr. Rajah Rasiah (dua kanan) sambil diperhatikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur (kanan) pada majlis penyampaian anugerah tersebut di Hotel Marriott, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 12 FEBRUARI 2018.

PUTRAJAYA – Pelopor bidang ekonomi Malaysia, Profesor Dr Rajah Rasiah dari Universiti Malaya (UM) hari ini dinobatkan sebagai Profesor Ulung Negara ke-5, pemilik tunggal anugerah itu bagi 2017.

Anugerah berprestij itu merupakan hadiah dan testimoni kepada pengamal pendidikan tinggi Malaysia yang menjulang kebijaksanaan manusia melebihi kemajuan teknologi dalam mengharungi Revolusi Industri ke-4 (4IR).

Rajah bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah namanya mekar di negara-negara luar seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan Lao kerana hasil penyelidikan ekonominya.

Antaranya boleh dilihat dalam penerbitan polisi-polisi kerajaan seperti Industrial Policy of Timor-Leste, Envisioning Malaysia in 2050 dan R&D Trends Report for MASTIC.

Sehingga kini pelbagai anugerah diterima Rajah sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Antaranya Brain Gain Awarf (2004), Distinguished Research Award (2012), Pemacu Penyelidik (2014); Celso Furtado Prize, World Academy of Sciences (2014); Rajawali Fellowship, Harvard University (2014); Chair, Economics adn Finance Envisioning Malaysia 2050 foresight initiative, Academy of Sciences, Malaysia (2015) dan Best Consultancy Award (2017).

Beliau juga telah melahirkan lebih daripada 30 graduan Doktor Falsafah (Ph.D), antara lain kini merupakan profesor di universiti tempatan serta peneraju syarikat swasta.

Sebagai penghormatan kepada penerima anugerah itu, Kemneterian Pendidikan Tinggi memperuntukakan geran penyelidikan bernilai RM300,000 secara one-off serta trofi dan sijil penghargaan. – MalaysiaGazette