Home Dunia Rakan mantan Presiden Korea Selatan dipenjara

Rakan mantan Presiden Korea Selatan dipenjara

SEOUL – Rakan bekas pemimpin Korea Selatan dipenjara 20 tahun kerana didapati bersalah menerima rasuah daripada konglomerat negara itu termasuk syarikat pengeluar telefon pintar terbesar dunia, Samsung dan Kumpulan Lotte.

Choi Soon-sil rakan kepada Park Geun-hye dijatuhkan hukuman itu oleh Mahkamah Seoul hari ini.

Park, bekas Presiden Korea Selatan, dipecat pada Mac tahun lalu selepas panel lapan hakim Mahkamah Perlembagaan sebulat suara membuat keputusan itu dalam kes yang melibatkan skandal rasuah.

Beliau bagaimanapun menafikan sebarang salah laku.

Dalam pada itu mahkamah dipetik sebagai berkata mengenakan hukuman penjara dua tahun enam bulan terhadap Pengerusi syarikat kelima terbesar negara itu, Lotte Shin Dong-bini dan mengarahkan beliau ditahan serta merta. – MalaysiaGazette