KUALA LUMPUR – Selepas mencipta kejayaan luar biasa menerusi karya ‘Pokya Cong Codei’ arahan dan lakonannya sendiri, aktor versatil Sabri Yunus kini sedang menyiapkan sambungan telefilem berkenaan, ‘Pokya Cong Codei Raya’.

Sesuai dengan jodolnya, telefilem itu adalah untuk tontonan pada Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Mengakui watak ‘Pok Ya’ sebagai satu jenama baharunya dalam industri seni, anak jati Kelantan berusia 57 tahun itu berkata telefilem berkenaan masih mengekalkan dirinya sebagai Pok Ya, selaku teraju utama.

Pok Ya sebenarnya adalah seorang penghulu gedebe, yang dalam dialek Kelantan bermakna samseng.

Beliau berkata, Pok Ya Cong Codei Raya mengisahkan persiapan Pok Ya bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga selepas ditinggalkan isteri muda seperti diceritakan pada telefilem pertama.-BERNAMA