Home Nasional Lorong kanan Persiaran Mahogani ditutup

Lorong kanan Persiaran Mahogani ditutup

KUALA LUMPUR – Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd, pemegang konsesi bagi Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan menutup lorong kanan di Persiaran Mahogani bagi kedua-dua arah berhampiran Gugusan Dedap dan The Strand Kota Damansara.

Penutupan sebahagian laluan ini telah bermula dan dijangkakan berakhir 7 Jun 2018 bagi kerja-kerja pengalihan utiliti untuk pembinaan Lebuhraya DASH di kawasan tersebut, menurut kenyataan di sini.

Kata syarikat itu, ciri-ciri keselamatan seperti pemasangan kon keselamatan, papan tanda, penghadang plastik dan konkrit akan ditempatkan di kawasan terbabit.

Di samping itu, Emergency Response Team (ERT) akan bertugas 24 jam bagi menghadapi sebarang kecemasan Pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi panduan keselamatan yang ditetapkan.

Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd, juga akan melaksanakan kerja-kerja penukaran sistem lampu isyarat kepada sistem bulatan di di persimpangan Puncak Perdana, Persiaran Mokhtar Dahari.

Pelaksanaan akan bermula pada Khamis, 29 Mac 2018 bagi memberi ruang kepada projek pembinaan Lebuhraya DASH.

Sehubungan dengan itu pengguna jalan raya dinasihati agar memandu dengan berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda
yang disediakan.  – MalaysiaGazette