Home Dunia Inkuiri Trump, Rusia: Peguam dipenjara 30 hari

Inkuiri Trump, Rusia: Peguam dipenjara 30 hari

Alex van der Zwaan,

WASHINGTON – Peguam Belanda, Alex van der Zwaan, 33, dikenakan hukuman penjara 30 tahun kerana berbohong dengan penyiasat mengenai hubungannya dengan pembantu Donald Trump, Rick Gates.

Beliau menjadi individu pertama yang dipenjara dalam siasatan inkuiri oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) terhadap hubungan pasukan kempen Presiden Amerika Syarikat dengan Rusia.

van der Zwaan adalah menantu salah seorang lelaki terkaya di Rusia dan merupakan individu ke-19 yang akan dijatuhi hukuman oleh oleh penasihat khas, Robert Mueller.

Hukuman yang dijatuhkan terhadapnya tidak merujuk kepada kempen pilihan raya presiden pada tahu 2016, yang mana Trump tidak didakwa atas sebarang kesalahan.

Pada bulan Mac lalu, Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas 19 warga Rusia termasuk 13 orang yang didakwa Mueller berhubung dakwaan campur tangan dalam pilihan raya 2016 dan serangan siber.

van der Zwaan juga dikenakan denda sebanyak AS$20,000 dan dihukum pengawasan selama dua bulan.

Beliau merupakan bekas peguam di firma Skadden, Arps, Slate, Meagher & Flom, yang bekerjasama dengan siasatan.

Dia telah dipecat pada tahun lalu, pernah bekerja dengan ketua kempen Trump, Paul Manafort dan Gates semasa mereka menjadi perunding politik di Ukraine. – MalaysiaGazette