Calon Pakatan Harapan P.004 Langkawi, Tun Mahathir Mohamad merangkap Pengerusi Pakatan Harapan hadir pada Ceramah Kebangkitan Rakyat di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 03 MEI 2018

PUTRAJAYA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pernah mengadu kepadanya semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak memilihnya menjadi menteri.

Menurutnya, Tengku Adnan atau Ku Nan kecewa kerana tidak dipilih sebagai dalam Kabinet Najib ketika itu.

“Sekarang dia (Ku Nan) sudah lain sedikit. Bila tidak dapat jadi menteri, dia telefon saya tanya kenapa tidak dapat jadi menteri. Saya katalah sabar, Najib akan beri sesuatu.

“Sekarang sudah jadi Setiausaha Agung UMNO, macam-macam dia dapat,” katanya dalam Ceramah Kebangkitan Rakyat di padang Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di sini malam tadi.

Jelasnya, Ku Nan kini pengampu terbesar di antara kawan-kawan Najib.

“Apa Najib kata dia sambut sama sekali,” kata calon PH Parlimen Langkawi pada PRU-14 ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.