Friday, April 26, 2024
Home Nasional Polis mohon waran tangkap ke atas Jamal

Polis mohon waran tangkap ke atas Jamal

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

SHAH ALAM – Polis akan memohon waran tangkap ke atas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos selain memperhebatkan tindakan mengesannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya telah memberikan masa yang cukup untuk Jamal memberi kerjasama dalam semua siasatan dan prosedur yang sedang dijalankan namun beliau masih gagal untuk memberikan respon sepatutnya.

“Pihak polis telah menjalankan tindakan mengikut peruntukan undang undang dalam menangani kes- kes yang melibatkan Jamal.

“Setakat ini terdapat baki enam kes yang disiasat melibatkan Jamal selain tiga kes yang telah dituduh di Hospital Ampang Putri pada 25 Mei lalu,” katanya dalam satu kenyataan. – BERNAMA