Penamatan monopoli Syarikat Padi Beras Nasional (Bernas) sebagai pengeluar beras negara mampu menurunkan dan mengawal harga beras di negara ini, kata Menteri Pertanian  dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.
Penamatan monopoli Syarikat Padi Beras Nasional (Bernas) sebagai pengeluar beras negara mampu menurunkan dan mengawal harga beras di negara ini, kata Menteri Pertanian  dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.

MUAR – Penamatan monopoli Syarikat Padi Beras Nasional (Bernas) sebagai pengeluar beras negara mampu menurunkan dan mengawal harga beras di negara ini, kata Menteri Pertanian  dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.

Beliau berkata ini kerana penamatan monopoli Bernas itu akan membentuk pasaran yang lebih  terbuka kepada hasil padi dan beras di negara ini antara lain dengan mewujudkan persaingan yang sihat antara syarikat yang terlibat dalam industri padi dan beras negara.

“Dalam industri padi dan beras negara ini, kita ada pembekalan dan permintaan, jadi bila kita pecahkan  monopoli Bernas, kita akan wujudkan persaingan yang lebih baik daripada syarikat-syarikat terlibat bagi penuhi pembekalan dan permintaan itu, seterusnya mampu turun serta kawal harga.

“Namun tamatnya monopoli Bernas ini tidak bermakna Bernas itu terus dihapuskan, tidak. Bernas masih kekal cuma kita mahu membuka pasaran (padi dan beras) itu kepada umum,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menerima sumbangan lebih RM1 juta daripada pelbagai pihak untuk Tabung Harapan Malaysia di Bakri di sini pada majlis yang turut dihadiri Anggota Parlimen Bakri Yeo Bee Yin. — BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast