Potensi ekonomi membabitkan industri fesyen muslimah adalah antara topik yang dipercayai akan dibentangkan usahawan dan selebriti televisyen popular Neelofa kepada Majlis Penasihat Kerajaan di pengerusikan Tun Daim Zainuddin esok.
Potensi ekonomi membabitkan industri fesyen muslimah adalah antara topik yang dipercayai akan dibentangkan usahawan dan selebriti televisyen popular Neelofa kepada Majlis Penasihat Kerajaan di pengerusikan Tun Daim Zainuddin esok.

KUALA LUMPUR – Potensi ekonomi membabitkan industri fesyen muslimah adalah antara topik yang dipercayai akan dibentangkan usahawan dan selebriti televisyen popular Neelofa kepada Majlis Penasihat Kerajaan di pengerusikan Tun Daim Zainuddin esok.

Selain beliau yang terkenal sebagai pengeluar tudung berjenama Neelofar Hijab itu, turut dipanggil ialah pengasas laman sesawang e-dagang fashion valet, Vivy Sofinas Yusof dan suaminya, Fadzarudin Shah Anuar.

Kedua-dua ikon perniagaan muda itu akan memberikan buah fikiran massing-masing selama 30 minit menerusi dua sesi berasingan.

Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor dan Vivy pernah disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai antara 30 tokoh penjana ekonomi Asia di bawah usia 30 tahun.

Turut tersenarai dalam pertemuan dengan Majlis Penasihat Kebangsaan esok pemilik serta Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Radzi yang terkenal dengan siri animasi Upin Ipin.

Majlis Penasihat Kerajaan dengan lima pakar ekonomi itu baru-baru ini diberi mandat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat kerajaan yang antara lain bertugas mencari atau mewujudkan formula efektif dalam menghentikan ketirisan serta pembaziran oleh kerajaan terdahulu.