Datuk Badlisham Ghazali

KUALA LUMPUR- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB). mengumumkan persaraan Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali hari ini.

Pengerusi MAHB, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail berkata, kontrak Badlisham telah tamat dan beliau dilantik ke jawatan tersebut sejak 23 Jun 2014.

Pengganti Badlisham akan diumumkan apabila calonnya telah dikenalpasti.

Buat sementara waktu, Ketua Pegawai Kewangan MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin akan memikul tanggung jawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan beliau mendapat sokongan penuh ahli lembaga Pengarah syarikat.

“Ahli-ahli lembaga Pengarah syarikat ingin melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Badlisham di atas kerja kerasnya tanpa mengenal penat selama empat tahun ini bersama MAHB,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan Badlisham merupakan antara ‘ahli pancaragam’ (merujuk kepada peneraju-peneraju syarikat milik kerajaan atau GLC yang terlibat di dalam klip video Hebatkan Negaraku semasa kempen PRU-14 yang tidak akan disambung kontrak atau diminta untuk meletakkan jawatan. – MalaysiaGazette