Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil di laman Twitter memberitahu bahawa Anwar telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan dirawat di wad kecemasan Unit Pesakit Luar.

KUALA LUMPUR- Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke hospital dekat sini bagi mendapatkan rawatan.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil di laman Twitter memberitahu bahawa Anwar telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan dirawat di wad kecemasan Unit Pesakit Luar.

“Sekitar 9.30mlm tadi DS telah dibawa dari rumah ke PPUM (out-patient di wad kecemasan) menaiki ambulans, kerana mengadu sakit bahu & belakang sejurus pulang dari Turki,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Fahmi, Anwar kini dalam keadaan stabil dan tahap kesihatan beliau tidak membimbangkan.

Anwar sebelum ini pernah mendapatkan rawatan akibat sakit belakang.- MalaysiaGazette