Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd akan menutup sementara Jalan PJU 7/9, Mutiara Damansara di kedua-dua arah bagi memberi laluan kepada aktiviti pelancaran rasuk jambatan bagi projek pembinaan Lebuhraya DASH.

Penutupan sementara ini akan dilaksanakan selama lapan jam setiap hari, bermula
pukul 11 malam hingga 5 pagi pada 26 Jun ini hingga 16 Julai, menurut syarikat itu.

Pengguna jalan raya yang menuju ke Mutiara Damansara boleh menggunakan Jalan PJU 7/6, manakala laluan ke Lebuhraya SPRINT boleh menggunakan Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana.

Langkah-langkah keselamatan seperti kawalan lalulintas, pemasangan kon keselamatan, papan tanda amaran, penghadang plastik dan konkrit akan ditempatkan di kawasan berkenaan.

Emergency Response Team (ERT) juga akan bertugas 24 jam bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi arahan kakitangan dan papan tanda di sekitar kawasan terbabit. – MalaysiaGazette