Dr Lee Boon Chye

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye telah menerima jawatan sebagai timbalan menteri.

Dr Lee adalah pakar bedah jantung.

Sebelum ini, Dr Lee didakwa menolak jawatan timbalan menteri yang telah ditawarkan bagi memberi tumpuan tugas sebagai Ahli Parlimen dan tugas seorang doktor.

“Beliau, akhirnya menerima (jawatan) setelah kita pujuk dan berbincang.

“Dr Lee pun maklumkan bahawa isteri dan keluarganya bersetuju dan beliau hubungi saya semalam,” katanya yang membuat lawatan di Hospital Kuala Lumpur.