Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkenalkan inisiatif baharu berkaitan budaya keselamtan yang dikenali sebagai Tenaga Safety Culture (TSC).

Maybank Investment Bank Research (IB) berkata, pasaran belum menerima sepenuhnya pendapatan yang mungkin turun dalam Tempoh Pengawalseliaan Kedua (RP2).

“Kami mengekalkan saranan ‘simpan’ ke atas Tenaga dengan harga sasaran tidak berubah sebanyak RM16,” katanya dalam nota penyelidikannya.

Pengawal selia mengumumkan rebat tarif 1.52sen/kWh di Semenanjung Malaysia sedia ada dihentikan, dan surcaj tarif 1.35sen/kWh (berjumlah RM698 juta) akan dikenakan untuk separuh kedua tahun ini.

Maybank IB berkata, ini kali pertama sejak pelaksanaan peraturan berasaskan insentif pada 2014 bahawa pengguna perlu membayar surcaj tarif, sekali gus mengurangkan kebimbangan mengenai integriti mekanisme pelepasan kos sudah berakhir. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast