Mohamed salah
Mohamed Salah

LONDON – Penyerang Liverpool, Mohamed Salah menandatangani kontrak baharu di Anfield untuk kekal di kelab itu bagi tempoh lima tahun lalu.

Daily Mail melaporkan, menerusi kontrak baharu itu, Salah, 25, akan menerima gaji sebanyak £200,000 seminggu berbanding £100,000 pada musim lalu.

Bintang antarabangsa Mesir itu mempamerkan aksi menakjubkan bersama Liverpool dengan menjaringkan 44 gol dalam 52 penampilan pertamanya bersama kelab itu.

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp merupakan individu yang gembira dengan komitmen Salah terhadap pasukan itu.

“Berita boleh dianggap sebagai menghargai seseorang yang beraksi cemerlang dan menyumbang kepada pasukan dan kelab musim lalu.

“Kontrak panjang itu menunjukkan dua perkara yang amat jelas iaitu keyakinannya terhadap Liverpool dan kepercayaan kita terhadap dirinya.

“Kita mahu bakat berkelas dunia untuk melihat mereka diterima di Anfield di mana mereka boleh merealisasikan impian dan cita-cita profesional. Kita bekerjasama untuk mencapainya.

“Seimbang, komitmen kita kepadanya mengatakan kita menghargai nilainya dan mahu dia lebih berkembang dan menjadi lebih baik dengan persekitaran kita,” kata Klopp.

Salah beraksi di Piala Dunia 2018 di Rusia namun Mesir gagal melayakkan diri ke saingan kalah mati. – MalaysiaGazette