Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) mencuit pipi seorang kanak-kanak ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Batu Tiga di Stadium JKR, Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 08 JULAI 2018

SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan warga Selangor agar tidak mengamalkan pembaziran. 

Dalam majlis Minum Petang Aidilfitri Dewan Undangan Negari (DUN) Batu Tiga, beliau berkata, bukan setakat kebersihan sahaja yang perlu diutamakan bahkan juga aspek penjimatan.

“Kita mestilah memikirkan budaya jangan membazir kerana bulan Ramadhan yang lepas kita telah membazir (dari aspek makanan).

“Kita Malaysia, seperti kata Yang Dipertua, ada banyak sisa pepejal dan mahu membaiki kebersihan,” katanya ketika menyampaikan ucapan ringkas. 

MGF08072018_WAN AZIZAH RUMAH TERBUKA_07
Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua kiri) beramah mesra dengan sebahagian penduduk Batu Tiga ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Batu Tiga di Stadium JKR, Shah Alam, Selangor. foto Fareez Fadzil, 08 JULAI 2018

Terdahulu lebih kurang ribuan warga DUN Batu Tiga termasuk sekitar Shah Alam yang hadir di majlis Minum Petang Aidilfitri di Stadium Jabatan Kerja Raya (JKR) sebentar tadi. 

Beliau juga mahu semua budaya berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan menjadi amalan semua.

“Yang penting rezeki yang halal kita dapat diagihkan,” katanya. – MalaysiaGazette