KUALA LUMPUR – Kira-kira 100 petugas media membanjiri lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini bagi menanti kehadiran Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu dijangka hadir bagi menandatangani dokumen ikat jamin.

Najib menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah berkaitan SRC International Sdn. Bhd. pada minggu lalu membabitkan wang berjumlah keseluruhan RM42 juta.

SRC International sebelum ini merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad.

Beliau dibenarkan diikat jamin sebanyak RM1 juta untuk semua pertuduhan, di mana RM500,000 dibayar hari ini dan baki sebelum 3 petang Isnin depan, bersama dua penjamin. – MalaysiaGazette